Dec
09
Filed Under (Renungan) by mhyers on 09-12-2008

Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)

dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya….. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif…. itu salah… “Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Oct
23
Filed Under (Yaqzans) by mhyers on 23-10-2008 and tagged , , , ,
Yaqzans at Bkt Jalil Stadium

Yaqzans at Bkt Jalil Stadium .. masa halftime .. sbb mase game, ayah pon tgh sibuk tgk .. xsempat amek gambo.

Finally, dpt gak ayah bawak Yaqzans g stadium tgk bola … bak kata Abang Muhammad Hazeeq, asik tgkk ball kt futsallll jer …. asik tgk ball kat TV jerr.. nah, ayah da bawak dah g stadium … kebetulan, Mama terbz byk kije kt opis .. ayah tunggu sampai kol 8 .. amik Yaqzans pon kol 8 lebih dari nursery .. terus jer lar kuar g stadium … final nnti ada kt Penang plak (da confident Malaysia masuk final nih ) .. plus musti ramai giler org dtg tgk .. so harap2 Yaqzans puas hati larh … 1st masuk, terduduk kat area penyokong Myanmar .. sbb nk g kt area penyokong Msia nun jauh … tp kene gak pindah .. sbb penyokong Myanmar da bukak2 baju, baling2 mercun … uishh bahye … terus g kt penyokong Msia gak .. tp kt area yg x hardcore ar.. seberang grand stand tu pon siap gendang2, mercun lagi … Hazeeq da agak takut gak tu .. huhuh ..

spt biasa, pengalaman baru utk Yaqzans ni, mcm2 la soklan yg ditanya .. Ayah layan je lar .. heheh … yg paling best, masa nk abeh game, Abang tanyer “Ayah, lepas ni goly goly (glory glory) man united main eh ?” … sungguh anak Manchester United ni heheheheh

oke lah nak .. bila2 nnti kita adventure lagi .. yeahhhh

Oct
10
Filed Under (Uncategorized) by mhyers on 10-10-2007

Powered by ScribeFire.

Jul
04
Filed Under (Renungan) by mhyers on 04-07-2007
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermenfaat,

Powered by ScribeFire.

May
21
Filed Under (Uncategorized) by mhyers on 21-05-2007

Advance celebration (1st April) .. (lame btul nak memblog .. ni da nk masuk June da) hehe .. ter’suprise’ atok dgn cupcakes nemo .. (credit to Makcik sity asyadha a.k.a umi indah) ..

Powered by ScribeFire.

May
21
Filed Under (Uncategorized) by mhyers on 21-05-2007

perghh .. lamer giler x update eks? biasa lar .. alasan biasa .. bz .. heheh anyway, got few pics of yaqzans .. taken on 1st April @ Ipoh - masa celebrate advance birthday Atok .. and 28th April @ P.D - cuti-cuti Yaqzans dlm pool eheheh …

oh ya, some more .. sblm tido kt Ipoh masa celebrate birthday Atok in advance eheh

gambar bday Atok in advance, akan dipublish kemudian ..

Powered by ScribeFire.

Feb
22
Filed Under (Yaqzans) by mhyers on 22-02-2007

Chicky_faces

Akhirnya Hazeeq & Haseef da sihat.. Alhamdulillah.. ayah & mama g amek dorg 15 Feb lepas .. dah siap bawak jalan ke Penang & Aloq Setaq .. utk gambar2 dan cerita lanjut, klik sini

Feb
04
Filed Under (Uncategorized) by mhyers on 04-02-2007

Gallery004_1 Gallery003_1

Dah hampir seminggu Hazeeq & Haseef duk kt umah atok & maktok di Ipoh penangan chicken pox .. sunyi je rumah ni terasa .. errrhhhh rindu nyerrr… baru seminggu, ada lagi 2 minggu .. weekend kali ni ayah ada kelas .. next week, wan nyah korang lak buat kenduri tahlil .. tp xpe, ayah akan post mama ke Ipoh nxt week .. lepas tu mama da nk ke Penang plak .. tinggal lar ayah sorg2 nnti.. adehh larrr… ni larh dier, walaupon da ada kerjaya .. walaupon ada golf .. walaupon ada futsal .. sume tu belum tentu dpt mengganti gamit ketawa nangis korang .. eishh.. xpe .. sabo sabo .. nnti ayah dtg tido ngan korang kt Ipoh ek .. pastu kita g penang, swimming2 .. yeahhhhh..

Permataku

Sunyi…selubungi malam…
Mengusik minda yang terlontar jauh…
Masih hangat terasa …
Tangan yang membelai yang mengusik manja…
Daku damba kasihmu…
Biar jadi pedoman…
Buat penyuluh jalan kugapai impian…

C/O:
Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…

Hadirlah…kau dalam mimpiku…
Agar kau selalu…ada disisiku…
Rindu belaian kasihmu…Rindu senyumanmu…
Penawar lukaku…
Dengarkan laguku…hadiah untukmu…
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya…

C/O:

Dikaulah cahaya…
Bila malam menjelma…
Kasihmu membawa ke syurga…
Dan redha yang Esa…

C/O:

Dec
14
Filed Under (Uncategorized) by mhyers on 14-12-2006

wooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.. sungguh lamer x jd blogger… eheheh.. not bcoz of time (hope so).. but.. well.. not borne to be a blogger kot …ehehehe….

hmmmm… y arr? susah tol nk cari ketulusan dan kejujuran dlm doin anythin??? mmmmmmm… well, to be straight forward ……. tak reti arrr nk mnipu utk kebahagiaan org ni!!! eisshh.. dah lar tu…. buta2 nak menipu, dgn any facts xde di tangan… errhhhh.. kalau kantoi??? mampuih dennn!!!!!! tu yang nk menipu tu pon, dah berpk abeh ke.. tentang masa depan… apa akan terjadi…. mungkin masih mentah lagi dalm jalan yang dipanggil kehidupan… bak kate darah dagingnye sendiri, "biar kan dia rasa sendiri" .. hurrmmm… nk menipu pon x pass, planning tak betul… ini kan pulak nk manage ‘khidupan’ yang x sberapa tu….to kadang2, it is good ‘the things’ is not here…. let me do my work in PEACE ! ini kalau stakat dtg, xde keje, tak tau nk create keje… ‘tmpt permainan’ bersepah2, x de lar plakkk nk bersihkan… pastu tidooooooooo!! yeahhh… pastu nk claim mcm2…. oh ye.. not to forget… MC.. !!

fuh! da lepas da sket2 ni… hopefully i m gettin better after this… btw, the hate created from above para nothing to do with my lovely yaqzans & aby! i love them sooo much.. even though there will always TEST from HIM. they will always standing by me.. oh ya… yaqzans???? waaa.. da besau skrg….. pinjam satu ayat… "mereka membesar didepan mata" (ayat ada dlm sokkaba aritu… lame da.. tentang ape pon da lupe :D ) … they do a lot of screaming, fighting, parroting, kicking (ball - yeahh, ayah suke korg main bola!nnti ayah ajar) and lots more… kadang2, tgh keje terigt kat dorg,x sabar rase nye nk balik .. hurrmmm.. ayah sayang korg berdua… !! (mcm lamer je tak jumpe, padahal baru pagi tadi hantar dorg ke nursery… n pagi2 yang sbelum nyer pon…hehehe)

hmmm.. jap… nk cari gambar latest dorg.. hopefully ada…
Dscn7143

alahaii.. ni jer ader.. lagi latest kat laptop mama dorg… nak kene claim ni… ni gambar masa visit zoo melaka.. somewhere in October.. sblm puasa… (ni da nk rayer aji da ni..)

oke lar……… till then… dont noe when.. eheh
salam

May
09
Filed Under (Renungan) by mhyers on 09-05-2006

1.     Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.     Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3.     Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4.     Bantu mendidik seorang anak.

5.     Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah.

6.     Berkongsi CD Quran atau Do’a.

7.     Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.     Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9.     Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10.   Sampaikan perkara2 ini kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat. Insyallah.